Sunday, 13 December 2015

NAMA: NG HAN WOON 
NO. MATRIK: 239434
ENTRI BLOG 2

Isu Wanita- Sukan
Pada tahun 1896, Greece melangsungkan Sukan Olimpik Moden yang pertama kali tetapi golongan wanita tidak dibenarkan menyertai sukan tersebut.  Hal ini kerana wanita yang bersenam akan merosakkan sistem peranakan.  Namun sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk kesihatan bayi.  Selain itu, pakaian wanita yang tidak sesuai untuk bersenam.  Oleh itu, mereka tidak menyertai sukan pada zaman dahulu. 

Golongan wanita dalam bidang sukan akan mendapat kelebihan yang banyak.  Pertama, ketahanan antara wanita dengan lelaki adalah tidak sama.  Oleh itu, acara sukan jarak jauh dan sukan merangsang tidak boleh disertai oleh wanita. 

Pada zaman sekarang, wanita secara semula jadi berkemampuan menahan kesakitan.  Mereka melibatkan sukan dan dapat melakukan beban kerja yang tinggi tanpa rungutan.  Hal ini kerana golongan wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik dan membolehkan mereka bersenam lebih lama.  Oleh itu, mereka melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan daya tahan yang lebih sesuai. 


Golongan wanita telah berjaya sama dengan lelaki dalam bidang sukan.  Misalnya, Pandalela Rinong mendapatkan pingat dalam acara terjun dan renang di peringkat antarabangsa.  

No comments:

Post a Comment