NAMA: NG HAN WOON
NO. MATRIK: 239434
ENTRI BLOG 2
Isu
Wanita- Sukan
Pada tahun 1896, Greece melangsungkan Sukan Olimpik
Moden yang pertama kali tetapi golongan wanita tidak dibenarkan menyertai sukan
tersebut. Hal ini kerana wanita yang
bersenam akan merosakkan sistem peranakan.
Namun sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk
kesihatan bayi. Selain itu, pakaian
wanita yang tidak sesuai untuk bersenam.
Oleh itu, mereka tidak menyertai sukan pada zaman dahulu.
Golongan wanita dalam bidang sukan akan mendapat
kelebihan yang banyak. Pertama, ketahanan
antara wanita dengan lelaki adalah tidak sama.
Oleh itu, acara sukan jarak jauh dan sukan merangsang tidak boleh
disertai oleh wanita.
Pada zaman sekarang, wanita secara semula jadi
berkemampuan menahan kesakitan. Mereka
melibatkan sukan dan dapat melakukan beban kerja yang tinggi tanpa
rungutan. Hal ini kerana golongan wanita
tidak banyak mengeluarkan asid laktik dan membolehkan mereka bersenam lebih
lama. Oleh itu, mereka melibatkan diri
dalam sukan yang memerlukan daya tahan yang lebih sesuai.
Golongan wanita telah berjaya sama dengan lelaki
dalam bidang sukan. Misalnya, Pandalela
Rinong mendapatkan pingat dalam acara terjun dan renang di peringkat
antarabangsa.